Sahih Bukhari : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al ‘Alaa’ telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Buraid dari Abu Burdah dari Abu Musa radliallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu’alaihiwasallam bersabda: “Pasti akan datang pada manusia suatu zaman yang ketika seseorang berkeliling membawa shadaqah emas, lalu ia tidak mendapati seseorang yang mahu menerimanya lagi. Lalu akan terlihat seorang lelaki akan diikuti oleh empat puluh orang wanita, yang mereka mencari kepuasan dengannya kerana sekurang-kurangnya jumlah lelaki dan banyaknya wanita. ”

Dalam hadis lain, dari Anas Ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Di antara tanda tanda kiamat adalah berkurangnya ilmu, munculnya kebodohan, tersebarnya zina, banyak wanita, dan sekurang-kurangnya lelaki sehingga lima puluh wanita mempunyai satu lelaki” (HR Bukhari)